Selamat Datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PKG PENANTI On Rabu, 31 Oktober 2012









Latihan VLE Frog ini telah diadakan pada 29/10/2012 hingga 31/10/2012 bertempat di bilik seminar PKG Alma. Latihan ini merupakan Projek 1Bestarinet Kementerian Pelajaran Malaysia dan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
            Seramai 89 orang guru dan murid dari  sekolah-sekolah di Daerah Seberang perai Tengah telah menghadiri latihan ini. Fasilitator latihan ini terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Seberang Tengah dan Unit ICT Pejapat Pelajaran Daerah.
            Dalam latihan ini murid-murid telah diberi pendedahan cara untuk mengaplikasikan portal FROG untuk kegunaan murid semasa sesi pembelajaran tahun 2013.     


PKG PENANTI On Khamis, 19 Julai 2012


Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber ini diadakan pada 16/7/2012 hingga 18/7/2012 bertempat di SK Tanah Liat , Bukit Mertajam. Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PKG Penanti. Seramai 7 orang pegawai teknologi pendidikan dari Pkg Daerah Seberang Perai dan BTPN Pulau Pinang serta 7 orang guru ajk pusat sumber di sekolah tersebut telah hadir.Khidmat bantu ini lebih tertumpu kepada susun atur perabut , keceriaan ruang serta penyediaan rekod dan fail pusat sumber.
PKG PENANTI On Jumaat, 6 Julai 2012




Bengkel Pengisian Data SSQS telah dijalankan pada 6 Julai 2012 bertempat di  Bilik Seminar PKG Penanti. Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk memberi panduan kepada guru ICT serta melancarkan proses pengisian data SSQS  untuk setiap sekolah yang terlibat.
Sepanjang proses bengkel ini dijalankan, para guru telah didedahkan dengan pelbagai teknik – teknik pengisan yang tepat disamping dapat mengetahui tindakan - tindakan yang perlu diambil untuk menaik taraf bintang bagi setiap sekolah.

Bengkel ini disampaikan oleh En Suhaimi bin Salleh ,Pegawai Teknologi pendidikan Unit ICT BTPN Pulau Pinang. Seramai 21 orang guru ICT telah menghadiri bengjkel

PKG PENANTI On




Bengkel Pembinaan Laman Web PSS Peringkat awalan  telah diadakan pada 4 Julai 2013 hingga 5 Julai 2013 bertempat di PKG Penanti. Bengkel ini dilaksanakan bagi memberi latihan kepada guru cara membina  laman web membina lama web peringkat asas. Bengkel ini telah disampaikan oleh En Fahmi dari PKG Dato Keramat., Seramai 21 orang guru ICT telah mengikuti bengkel ini.
PKG PENANTI On Rabu, 4 Julai 2012



Bengkel Pembinaan Soalan Digital telah diadakan pada 2 Julai 2012 hingga 3 Julai 2012 bertempat di Bilik Seminar PKG Penanti. Bengkel ini dilaksanakan bagi memberi panduan  kepada guru cara  menggunakan perisian terbaru untuk membina soalan digital untuk para pelajar. Dengan adanya soalan yang diaplikasikan melalui perisian ini, para pelajar dapat menjawab soalan melalui online. Seramai 21 orang guru ICT kawasan PKG Alma telah hadir dalam kursus ini. Bengkel ini disampaikan oleh En Abdullah bin Yaacob ,Pegawai Teknologi Pendidikan Tanjong Bunga.
PKG PENANTI On Khamis, 21 Jun 2012



Bengkel Editing Gambar dan Video telah diadakan pada 20 Jun 2012 hingga 21 Jun 2012 bertempat di bilik seminar PKG Penanti. Bengkel ini diadakan bagi memberi panduan kepada guru cara menggunakan perisian terbaru bagi membina soalan digital untuk para pelajar. Dengan adanya soalan yang diaplikasikan melalui perisian ini, para pelajar dapat menjawab soalan secara dalam talian.

Melalui teknik ini guru boleh menyelaras dan mengumpul soalan secara tersusun seterusnya membantu proses P&P di dalam kelas dengan lebih efisyen. Hasil daripada bengkel yang dijalankan ini, para guru telah dapat membina soalan digital yang begitu menarik hasil daripada tunjuk ajar fasilitator.

Seramai 21 orang GPM dari sekolah ahli kawasan PKGtelah menghadiri bengkel selama dua hari ini.