Selamat Datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PKG PENANTI On Khamis, 29 Mac 2012




Mesyuarat Penyelarasan guru ICT telah dilaksanakan pada 29 Mac 2012 di Bilik Seminar PKG Penanti. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk memberi maklumat terkini mengenai pengurusan PKG Penanti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang / Bahagian Teknologi Pendidikan kepada para guru ICT serta melaporkan aktiviti PKG 2011  dan perancangan aktiviti PKG Penanti pada tahun 2012.

Seramai 21 orang guru ICT dari sekolah ahli telah menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Ilias Bin Mahamud Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penanti.
PKG PENANTI On Rabu, 28 Mac 2012








Bengkel Pengurusan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah telah dilaksanakan pada 28 Mac 2012 bertempat di Bilik Seminar PKG Penanti.Bengkel ini  dilaksanakan bagi menerangkan kepada guru ICT prosedur - prosedur penyelenggaraan peralatan ICT di sekolah dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang betul, tepat serta mendapat hasil penyelenggaraan yang baik bagi keseluruhan peralatan ICT yang dilselenggara oleh pihak vendor. bengkel ini telah disampaikan oleh En suhaimi Salleh PTP Unit ICT BTPN Pulau Pinang. Seramai 21 orang guru ICT dari sekolah ahli kawasan PKG Penanti telah mengikuti bengkel ini.