Selamat Datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PKG PENANTI On Khamis, 21 Jun 2012



Bengkel Editing Gambar dan Video telah diadakan pada 20 Jun 2012 hingga 21 Jun 2012 bertempat di bilik seminar PKG Penanti. Bengkel ini diadakan bagi memberi panduan kepada guru cara menggunakan perisian terbaru bagi membina soalan digital untuk para pelajar. Dengan adanya soalan yang diaplikasikan melalui perisian ini, para pelajar dapat menjawab soalan secara dalam talian.

Melalui teknik ini guru boleh menyelaras dan mengumpul soalan secara tersusun seterusnya membantu proses P&P di dalam kelas dengan lebih efisyen. Hasil daripada bengkel yang dijalankan ini, para guru telah dapat membina soalan digital yang begitu menarik hasil daripada tunjuk ajar fasilitator.

Seramai 21 orang GPM dari sekolah ahli kawasan PKGtelah menghadiri bengkel selama dua hari ini.
PKG PENANTI On Rabu, 20 Jun 2012



Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Penanti kali pertama 2012 telah dilaksanakan pada 19 Jun 2012. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi memberi peluang perjumpaan di antara pihak pentadbiran Pusat Kegiatan Guru Penanti dengan pihak pengurusan sekolah iaitu Pengetua dan Guru besar.

Dalam mesyuarat ini pihak pengurusan sekolah telah diberi maklumat terkini berkaitan ICT dan PSS serta aktiviti yang telah dilaksanakan serta perancagan aktviti PKG pada tahun 2012. Perbincangan juga di buat berkenaan program dan aktiviti yang ingin dilaksanakan sepanjang tahun. Selain itu perjumpaan ini juga memberi peluang kepada pihak pengurusan sekolah untuk menyatakan hasrat, harapan dan isu yang ingin dicapaikan sepanjang tahun ini.

Seramai 21 orang ahli jawatan kuasa mesyuarat yang terdiri daripada pengetua dan guru besar telah menghadiri mesyuarat ini .