Selamat Datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PKG PENANTI On

PUSAT KEGIATAN GURU PENANTI


d/a SK Mengkuang
14000 Bukit Mertajam
Seberang Perai Tengah 
Pulau Pinang.
Tel/Fax 04-5211612
Laman Web: http://pkgpenanti1.blogspot.com


WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin - Khamis

8.00 pagi - 1.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat

8.00 pagi - 12.15 tengahari
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang
2.45 petang - 5.00 petang

Tutup
Sabtu dan Ahad / Cuti Umum


OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam bidang teknopen ke sekolah-sekolah.
Meningkatkan keberkesanan pengurusan & Penggunaan pusat sumber sekolah (PSS).
Membantu dalam penghasilan bahan sumber pdp untuk sekolah-sekolah.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Guru-guru dalam teknologi maklumat.
Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan mesyarakat setempat.

MISI

Membina,mempertingkatkan dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif

VISI


Kearah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah

 SEJARAH PKG

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif diwujudkan PKG adalah :

    Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen.
    Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah
    Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
    Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
    Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat
    Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat

Fungsi PKG adalah untuk:

    Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan
    Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
    Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
    Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah
    Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah.
    Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah
    Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.