Bengkel Pengurusan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah telah dilaksanakan pada 28 Mac 2012 bertempat di Bilik Seminar PKG Penanti.Bengkel ini dilaksanakan bagi menerangkan kepada guru ICT prosedur - prosedur penyelenggaraan peralatan ICT di sekolah dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang betul, tepat serta mendapat hasil penyelenggaraan yang baik bagi keseluruhan peralatan ICT yang dilselenggara oleh pihak vendor. bengkel ini telah disampaikan oleh En suhaimi Salleh PTP Unit ICT BTPN Pulau Pinang. Seramai 21 orang guru ICT dari sekolah ahli kawasan PKG Penanti telah mengikuti bengkel ini.
-