Selamat Datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PKG PENANTI On Khamis, 19 Julai 2012


Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber ini diadakan pada 16/7/2012 hingga 18/7/2012 bertempat di SK Tanah Liat , Bukit Mertajam. Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PKG Penanti. Seramai 7 orang pegawai teknologi pendidikan dari Pkg Daerah Seberang Perai dan BTPN Pulau Pinang serta 7 orang guru ajk pusat sumber di sekolah tersebut telah hadir.Khidmat bantu ini lebih tertumpu kepada susun atur perabut , keceriaan ruang serta penyediaan rekod dan fail pusat sumber.
PKG PENANTI On Jumaat, 6 Julai 2012




Bengkel Pengisian Data SSQS telah dijalankan pada 6 Julai 2012 bertempat di  Bilik Seminar PKG Penanti. Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk memberi panduan kepada guru ICT serta melancarkan proses pengisian data SSQS  untuk setiap sekolah yang terlibat.
Sepanjang proses bengkel ini dijalankan, para guru telah didedahkan dengan pelbagai teknik – teknik pengisan yang tepat disamping dapat mengetahui tindakan - tindakan yang perlu diambil untuk menaik taraf bintang bagi setiap sekolah.

Bengkel ini disampaikan oleh En Suhaimi bin Salleh ,Pegawai Teknologi pendidikan Unit ICT BTPN Pulau Pinang. Seramai 21 orang guru ICT telah menghadiri bengjkel