Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Penanti
kali pertama 2012 telah dilaksanakan pada 19 Jun 2012. Mesyuarat ini
dilaksanakan bagi memberi peluang perjumpaan di antara pihak pentadbiran Pusat
Kegiatan Guru Penanti dengan pihak pengurusan sekolah iaitu Pengetua dan Guru
besar.
Dalam mesyuarat ini pihak pengurusan sekolah telah diberi
maklumat terkini berkaitan ICT dan PSS serta aktiviti yang telah dilaksanakan
serta perancagan aktviti PKG pada tahun 2012. Perbincangan juga di buat
berkenaan program dan aktiviti yang ingin dilaksanakan sepanjang tahun. Selain
itu perjumpaan ini juga memberi peluang kepada pihak pengurusan sekolah untuk
menyatakan hasrat, harapan dan isu yang ingin dicapaikan sepanjang tahun ini.
Seramai 21 orang ahli jawatan kuasa mesyuarat yang
terdiri daripada pengetua dan guru besar telah menghadiri mesyuarat ini .