Selamat Datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PKG PENANTI On Rabu, 20 Jun 2012



Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Penanti kali pertama 2012 telah dilaksanakan pada 19 Jun 2012. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi memberi peluang perjumpaan di antara pihak pentadbiran Pusat Kegiatan Guru Penanti dengan pihak pengurusan sekolah iaitu Pengetua dan Guru besar.

Dalam mesyuarat ini pihak pengurusan sekolah telah diberi maklumat terkini berkaitan ICT dan PSS serta aktiviti yang telah dilaksanakan serta perancagan aktviti PKG pada tahun 2012. Perbincangan juga di buat berkenaan program dan aktiviti yang ingin dilaksanakan sepanjang tahun. Selain itu perjumpaan ini juga memberi peluang kepada pihak pengurusan sekolah untuk menyatakan hasrat, harapan dan isu yang ingin dicapaikan sepanjang tahun ini.

Seramai 21 orang ahli jawatan kuasa mesyuarat yang terdiri daripada pengetua dan guru besar telah menghadiri mesyuarat ini .
PKG PENANTI On Khamis, 3 Mei 2012



Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan Dan Media (GPM)  telah diadakan pada 2 Mei 2012 di Bilik Seminar PKG Penanti. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk memberi maklumat terkini mengenai pengurusan PKG Penanti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang / Bahagian Teknologi Pendidikan kepada para guru ICT serta melaporkan aktiviti PKG 2011  dan perancangan aktiviti PKG Penanti pada tahun 2012.

Seramai 21 orang GPM  dari sekolah ahli telah menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Ilias Bin Mahamud Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penanti.